Sabtu, 11 Oktober 2014

PENDAHULUAN


Maksud Pembangunan Insan
Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya.  Insan pula bermaksud insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang telah dicipta oleh Tuhan. Maksud yang ingin disampaikan ialah pembinaan insan yang tepat dan betul dapat membantu sesebuah negara dalam melahirkan masyarakat yang memastikan kejayaan masa depan negara. Secara umum dan amnya konsep pembangunan modal insan dan kepentingannya berkenaan dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang.

Pembangunan Insan di rujuk sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan tahan lebih-lebih dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi.

“Pembangunan Modal Insan (Majalah Visi,April 2007)”

Sistem Pendidikan

Pendidikan dalam zaman ini bercirikan unsur global dan masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat tempatan. Pendidikan perlu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan serta berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula di peringkat asas sekolah rendah, menengah seterusnya peringkat Pengajian Tinggi. Pelajar akan melalui pelbagai ujian dan peperiksaan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk menentukan tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah diajar. Melalui peperiksaan yang diambil, pelajar dapat dinilai dan dikategorikan kepada  beberapa kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah untuk membantu kumpulan yang rendah agar boleh diperbaiki dan meningkat naik serta kumpulan yang tinggi lebih maju.

Objektif

·         Pembaca dapat memahami lebih mendalam maksud pembangunan insan yang sebenar serta dapat menghuraikannya dengan baik.
·         Pembaca mengetahui tentang sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk memajukan pendidikan negara.
·         Pelajar memahami dan lebih menghayati betapa pentingnya pendidikan untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara.
·         Pembaca mengetahui apa yang telah dirancang dan dibuat penambahbaikan oleh kerajaan Malaysia terhadap pembangunan insan dalam sistem pendidikan.
·         Pembaca memahami maksud pembangunan insan dalam sistem pendidikan serta menghuraikannya dengan lancar.

Sinopsis Ringkas


Pendidikan merupakan satu proses mendidik seseorang insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku serta sikap daripada negatif kepada positif. Pendidikan juga dapat mengembangkan potensi individu ke arah positif seperti membina akhlak, budi pekerti dan peribadi yang mulia. Malahan pendidikan membangunkan insan daripada aspek sosial iaitu sumbangan sesesorang kepada diri, masyarakat serta negara. Selain itu, pendidikan adalah penghubung kepada pembangunan insan seterusnya membantu ke arah pembangunan negara.


Kesan Pendidikan Pembangunan Insan

Pembentukan sahsiah diri yang tinggi dan unggul adalah penting untuk memajukan ekonomi diri, bangsa dan negara. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat Malaysia perlulah mempunyai nilai berintegriti dan memiliki pemikiran kelas pertama. Seterusnya, statistik jenayah 2006 menunjukkan 2.16% jenayah di Malaysia melibatkan golongan yang perpendidikan. Akibatnya banyak kesan-kesan negatif yang timbul dan mutu produktiviti pengeluaran menurun. “Jalan terbaik adalah jalan kembali kepada Islam”.
Pendidikan dan modal insan merupakan dua aspek yang saling berkait antara satu sama lain. Kesan yang dapat dikaji, banyak pendidikan yang telah dibangunkan di negara ini. Secara berperingkat, melalui sekolah rendah dan menengah, pengajian tinggi iaitu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sebagainya. Dari segi itu, wujudnya pelajar sekolah, guru-guru, pelajar mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah. Apabila meneruskan pengajian yang dibina, dapat membantu seseorang yang ingin berjaya untuk kehidupan masa akan datang. Tidak akan lahir modal insan yang cemerlang tanpa adanya sistem pendidikan yang cemerlang.
Sekolah bukan sahaja memberikan ilmu yang lahiriah (fizikal) tetapi juga ilmu yang berbentuk kesejahteraan rohani. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranannya sebagai tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang. Selain itu, pengajian tinggi seperti IPTA dan IPTS pula merupakan tempat yang paling tinggi dalam hierarki pendidikan untuk menimba ilmu pengetahuan. Masyarakat sekeliling sememangnya memandang tinggi kepada graduan-graduan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang akan menyambung pelajarannya ke IPTA atau IPTS. Kesan ini agar graduan dapat dilahirkan untuk menjadi agen pembangunan pendidikan modal insan yang berjaya.

Negara yang tidak mempunyai strategi pembangunan insan yang cemerlang akan mendatangkan pelbagai masalah kepada negara dari segi politik, ekonomi atau sosial. Tidak dinafikan bahawa pendidikan ialah hak semua individu. Negara perlulah menyediakan lebih banyak  peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat. Pembentukan insan yang cemerlang memerlukan asas-asas agama bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan. Akhirnya, sebagai pembangunan insan yang berjaya perlulah meyakinkan diri lebih bijak melakukan sesuatu dan tidak pernah berputus asa.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..mintak kebenaran untu ambil sedikit sebanyak maklumat yang ada dalam blog ini ye untuk kajian saya..terima kasih

    BalasPadam