Sabtu, 11 Oktober 2014

KESIMPULAN

Pembangunan modal insan dalam sistem pendidikan adalah perkara yang amat diperlukan kerana :

·       Dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia kea rah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada masa hadapan.
·       Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
·       Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
·       Untuk mempunyai pemimpin yang cemerlang, pemahaman dalam penghayatan modal insan adalah penting untuk menjadikan negara kelas pertama.
·       Penghasilan mutu rakyat yang berkualiti dapat dijalankan dengan berkesan selepas kerajaan mengetahui isu-isu yang berkait rapat dengan pendidikan dalam konsep pembangunan insan.
·       Pengkaji dapat memahami keperluan dan kepentingan pembangunan insan dalam sistem pendidikan di Malaysia
·       Terakhir, penyelesaian oleh semua pihak dalam menangani cabaran dalam menjayakan pembangunan insan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Cadangan untuk mempertingkatkan modal insan dalam sistem pendidikan

·       Memperluaskan dan memantapkan lagi perlaksanaan MPV di sekolah-sekolah
·       Memperkukuh usaha menangani gejala displin melalui Jawatankuasa Bertindak
·       Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati daripada awal persekolahan
·       Menyediakan pentaksiran alternatif
·       Membina penampilan yang positif dalam diri pelajar
·       Memupuk budaya cinta ilmu pengetahuan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan