Sabtu, 11 Oktober 2014

KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN

Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Philipina dan Indonesia adalah memberansangkan. Dalam setiap perancangan lima tahun di Malaysia, unsur pendidikan dan latihan sangat ditekankan dan diperuntukan perbelanjaan yang tinggi telah disalurkan dalam sektor ini.
Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama ( RRJP 1 ) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( RRJP 3 ) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN) , Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Sehingga kini kesemua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincitkan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia, struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan ekonomi, sosial dan politik.
Sebenarnya isu berkaitan sumber manusia telah mula diambil kira dalam Rancangan Malaysia Pertama lagi apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja terlatih. Tiada perancangan akan berjaya tanpa peruntukkan yang mencukupi. Kepentingan perancangan pendidikan dan PSM telah menyaksikan peruntukan yang besar disalurkan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia bagi memastikan hasrat DEB dan DPN tercapai. Inisiatif telah diambil dalam memperbaiki taraf pendidikan formal untuk tujuan perkembangan ekonomi dan sosial.

Perancangan pembangunan sektor pendidikan yang baik dan berkesan mampu mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Ternyata perancangan dalam bidang pendidikan dalam mendatangkan hasil dan berkesan yang positif kepada DEB dan DPN secara umumnya dan kepada rakyat secara khususnya. Ini jelas terbukti dengan meningkatnya institusi pendidikan, meningkatkan pengeluaran tenaga kerja mahir, meningkatnya lepasan pengajian tinggi, bertambahnya enrolmen di institusi pendidikan, berkurangnya kadar pengangguran dan kemiskinan serta sumbangan positifnya terhadap pertumbuhan KDNK negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan