Sabtu, 11 Oktober 2014

PENDAHULUAN


Maksud Pembangunan Insan
Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya.  Insan pula bermaksud insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang telah dicipta oleh Tuhan. Maksud yang ingin disampaikan ialah pembinaan insan yang tepat dan betul dapat membantu sesebuah negara dalam melahirkan masyarakat yang memastikan kejayaan masa depan negara. Secara umum dan amnya konsep pembangunan modal insan dan kepentingannya berkenaan dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang.

Pembangunan Insan di rujuk sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan tahan lebih-lebih dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi.

“Pembangunan Modal Insan (Majalah Visi,April 2007)”

Sistem Pendidikan

Pendidikan dalam zaman ini bercirikan unsur global dan masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat tempatan. Pendidikan perlu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan serta berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula di peringkat asas sekolah rendah, menengah seterusnya peringkat Pengajian Tinggi. Pelajar akan melalui pelbagai ujian dan peperiksaan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk menentukan tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah diajar. Melalui peperiksaan yang diambil, pelajar dapat dinilai dan dikategorikan kepada  beberapa kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah untuk membantu kumpulan yang rendah agar boleh diperbaiki dan meningkat naik serta kumpulan yang tinggi lebih maju.

Objektif

·         Pembaca dapat memahami lebih mendalam maksud pembangunan insan yang sebenar serta dapat menghuraikannya dengan baik.
·         Pembaca mengetahui tentang sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk memajukan pendidikan negara.
·         Pelajar memahami dan lebih menghayati betapa pentingnya pendidikan untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara.
·         Pembaca mengetahui apa yang telah dirancang dan dibuat penambahbaikan oleh kerajaan Malaysia terhadap pembangunan insan dalam sistem pendidikan.
·         Pembaca memahami maksud pembangunan insan dalam sistem pendidikan serta menghuraikannya dengan lancar.

Sinopsis Ringkas


Pendidikan merupakan satu proses mendidik seseorang insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku serta sikap daripada negatif kepada positif. Pendidikan juga dapat mengembangkan potensi individu ke arah positif seperti membina akhlak, budi pekerti dan peribadi yang mulia. Malahan pendidikan membangunkan insan daripada aspek sosial iaitu sumbangan sesesorang kepada diri, masyarakat serta negara. Selain itu, pendidikan adalah penghubung kepada pembangunan insan seterusnya membantu ke arah pembangunan negara.


Kesan Pendidikan Pembangunan Insan

Pembentukan sahsiah diri yang tinggi dan unggul adalah penting untuk memajukan ekonomi diri, bangsa dan negara. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat Malaysia perlulah mempunyai nilai berintegriti dan memiliki pemikiran kelas pertama. Seterusnya, statistik jenayah 2006 menunjukkan 2.16% jenayah di Malaysia melibatkan golongan yang perpendidikan. Akibatnya banyak kesan-kesan negatif yang timbul dan mutu produktiviti pengeluaran menurun. “Jalan terbaik adalah jalan kembali kepada Islam”.
Pendidikan dan modal insan merupakan dua aspek yang saling berkait antara satu sama lain. Kesan yang dapat dikaji, banyak pendidikan yang telah dibangunkan di negara ini. Secara berperingkat, melalui sekolah rendah dan menengah, pengajian tinggi iaitu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sebagainya. Dari segi itu, wujudnya pelajar sekolah, guru-guru, pelajar mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah. Apabila meneruskan pengajian yang dibina, dapat membantu seseorang yang ingin berjaya untuk kehidupan masa akan datang. Tidak akan lahir modal insan yang cemerlang tanpa adanya sistem pendidikan yang cemerlang.
Sekolah bukan sahaja memberikan ilmu yang lahiriah (fizikal) tetapi juga ilmu yang berbentuk kesejahteraan rohani. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranannya sebagai tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang. Selain itu, pengajian tinggi seperti IPTA dan IPTS pula merupakan tempat yang paling tinggi dalam hierarki pendidikan untuk menimba ilmu pengetahuan. Masyarakat sekeliling sememangnya memandang tinggi kepada graduan-graduan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang akan menyambung pelajarannya ke IPTA atau IPTS. Kesan ini agar graduan dapat dilahirkan untuk menjadi agen pembangunan pendidikan modal insan yang berjaya.

Negara yang tidak mempunyai strategi pembangunan insan yang cemerlang akan mendatangkan pelbagai masalah kepada negara dari segi politik, ekonomi atau sosial. Tidak dinafikan bahawa pendidikan ialah hak semua individu. Negara perlulah menyediakan lebih banyak  peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat. Pembentukan insan yang cemerlang memerlukan asas-asas agama bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan. Akhirnya, sebagai pembangunan insan yang berjaya perlulah meyakinkan diri lebih bijak melakukan sesuatu dan tidak pernah berputus asa.

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

KEPIMPINAN

Ditakrifkan sebagai tiga perkara….
-        Menurut Yaakob(1989) bahawa kepimpinan perlu melibatkan orang lain.
dalam erti kata lain kesediaan pengikut menerima arahan pemimpin atau ahli kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan diwujudkan.
-        Kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. (pemimpin mempunyai autoriti atau kuasa)
-        Didalam pendidikan, kepimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap, dan tingkah laku subordinat.Seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005)


4. Kepentingan kepimpinan
Menurut Ab. Aziz (2003) banyak pandangan mengenai kepentingan kepimpinan samada yang bersetuju atau tidak. Walaupunapa yang diperkatakan kebanyakan orang bersetuju bahawa pemimpin tetap dikehendaki seperti pandangan dari Katz dan Kahn mengemukakan lima faktor kepentingan kepimpinan dalam organisasi samada organisasi yang besar atau pun kecil.


i) Rekabentuk Organisasi Yang KurangS empurna

-        Organisasi dan masyarakat tidaklah dibentuk selengkapnya sehingga segala perkara telah ditentukan panduannya.
-        Tingkah laku sebenar setiap hari adalah lebih kompleks daripada yang terdapat dalam aturan dan peraturan bertulis organisasi.
-        Ini dapat dilihat, bahawa subordinat akan melaksanakan tugas semata-mata kerana mengikut peraturan sahaja akan membawa kepada sengketa.
-        Organisasi memerlukan pemimpin yang boleh mempunyai budi bicara dalam menghadapi ketidaklengkapan sebuah organisasi.
-        Contohnya dalam sebuah sekolah guru besar merupakan pemimpin yang dapat mengawal subordinatnya dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh sekolah.

ii) Kepimpinan Sebagai Fungsi Sempadan
-        pemimpinlah yang memainkan peranan menghubung dan menyelaraskan antara unit dan subsistem dengan struktur luar persekitarannya.
-        Ini bermaksud kepimpinanlah yang berfungsi sempadan.
-        Contohnya, apabila terdapat keretakan atau masalah antara bahagian dalam sistem maka semakin tinggilah budi bicara pemimpin untuk bertindak.


iii) Keadaan Persekitaran Yang Sentiasa Berubah

-        Organisasi adalah merupakan sistem terbuka.
-        Persekitaran pula sentiasa berubah seperti teknologi, undang-undang, kebudayaan, iklim dan juga kefahaman.
-        Bagi membolehkan organisasi mengekal dan menjalinkan hubungan pada sesuatu masa, ia memerlukan perubahan.
-        Maka pemimpinlah merupakan satu-satunya pihak yang mesti peka dengan persekitaran supaya organisasi yang dipimpinnya terus dinamik bersesuaian dengan masa dan keadaan.


iv) Dinamik Dalaman Organisasi

-        Di dalam organisasi terdapat pertumbuhan yang dinamik. Untuk itu,
Organisasi perlu meluaskan pengaruhnya ke dunia luar yang berkaitan dengannya. Ini memerlukan perubahan dalam organisasi itu sendiri.
-        Bila organisasi hendak memperluaskan kawalannya, terdapat persekitaran maka akan muncul fungsi baru dan struktur baru yang lebih kompleks supaya selaras dengan dasar yang baru juga.
-        Memerlukan penyelarasan berterusan tetapi juga perubahan yang berterusan dalam organisasi, sejajar dengan matlamat dan hasrat organisasi tersebut.
-        Ini hanya bolehdilakukan melalui kepimpinan yang dinamik.
iv) Tabaii Keanggotaan Manusia Dalam Organisasi

-        Salah satu anggota organisasi ialah manusia.
-        Manusia bukanlah menjadi anggota organisasi sahaja tetapi mereka dipenuhi dengan aktiviti lain di luar organisasi.
-        Kegiatan luar ini kadang kala member kesan langsung kepada tingkah laku dalam organisasi.


-        Peranan kepimpinan perlu ada untuk mengawal kelakuan manusia dari masa kesemasa.

Hubungkait Kepimpinan Dan Pembangunan Modal Insan.

 Kementerian pelajaran Malaysia dalam usaha sama untuk melahirkan generasi muda Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia.
2.    Peranan kepimpinan pendidikan sebagai agen pelaksana visi dan misi pendidikan di Malaysia perlu member penekanan kepada pembangunan modal insan dana spek-aspek yang turut membantu seperti persekitaran, budaya sekolah dan tenaga pengajar (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006).
3.    Menjadikan setiap rakyat Malaysia mempunyai ciri-ciri kepimpinan  dalam semua sektor supaya menjadikan Malaysia mempunyai rakyat yang komited dalam pekerjaan dan patuh kepada ketua.
4.    Penghayatan modal insan oleh rakyat Malaysia dalam menjadikan pemimpin minda kelas pertama dan pemimpin yang disegani oleh negara luar.

5.    Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan (Aziah, dan Yahya 2006).

Huraian Ringkas Kepimpinan Pendidikan Dalam Pembangunan Modal Insan

Pada keseluruhannya, tajuk ini membincangkan mengenai
·       kepimpinan dalam pembangunan  modal insan dalam pendidikan di Malaysia.
·       Tajuk ini juga membincangkan mengenai, ciri, gaya dan kepentingan kepimpinan bagi membentuk individu yang berketerampilan dan boleh menjalan tugas dengan lancar.
·       Tajuk ini menyentuh persekitaran yang  mempengaruhi penghasilan dan pengurusan sumber manusia yang mempunyai hubungan dengan pembangunan modal insan.

·        Akhir sekali tajuk ini juga mempertengahkan aspek kepimpinan dalam persekitaran sumber manusia dalam persekolahan di Malaysia yang perlu diamalkan oleh kepimpinan sekolah dan guru-guru kearah keberkesanan penjanaan modal insan yang berkualiti bagi mencapai Misi Nasional dan RMK-9.

KEPERLUAN, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN

Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Philipina dan Indonesia adalah memberansangkan. Dalam setiap perancangan lima tahun di Malaysia, unsur pendidikan dan latihan sangat ditekankan dan diperuntukan perbelanjaan yang tinggi telah disalurkan dalam sektor ini.
Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama ( RRJP 1 ) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ( RRJP 3 ) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN) , Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Sehingga kini kesemua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincitkan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia, struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan ekonomi, sosial dan politik.
Sebenarnya isu berkaitan sumber manusia telah mula diambil kira dalam Rancangan Malaysia Pertama lagi apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja terlatih. Tiada perancangan akan berjaya tanpa peruntukkan yang mencukupi. Kepentingan perancangan pendidikan dan PSM telah menyaksikan peruntukan yang besar disalurkan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia bagi memastikan hasrat DEB dan DPN tercapai. Inisiatif telah diambil dalam memperbaiki taraf pendidikan formal untuk tujuan perkembangan ekonomi dan sosial.

Perancangan pembangunan sektor pendidikan yang baik dan berkesan mampu mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara. Ternyata perancangan dalam bidang pendidikan dalam mendatangkan hasil dan berkesan yang positif kepada DEB dan DPN secara umumnya dan kepada rakyat secara khususnya. Ini jelas terbukti dengan meningkatnya institusi pendidikan, meningkatkan pengeluaran tenaga kerja mahir, meningkatnya lepasan pengajian tinggi, bertambahnya enrolmen di institusi pendidikan, berkurangnya kadar pengangguran dan kemiskinan serta sumbangan positifnya terhadap pertumbuhan KDNK negara. 

ISU-ISU BERKAITAN PENDIDIKAN DALAM KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Seperti yang kita sediamaklum, sektor pendidikan merupakan antara sektor yang terbesar dalam rangkaian sektor di Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini berkemungkinan akan menimbulkan beberapa isu sama ada dari perspektif positif atau negatif. Salah satu isu yang timbul adalah berkenaan isu bahasa. Bahasa melayu dijadikan sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan tetapi bagis ekolah-sekolah swasta serta sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan) dibenarkan untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai Bahasa pengantar.
Namun begitu, apabila selepas bermulanya era kemerdekaan, sekolah beraliran Inggeris dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran bahasa kebangsaan. Hal ini bagi memartabatkan dan mengutamakan Bahasa Melayu lebih daripada bahasa-bahasa lain. Walaubagaimanapun, pada tahun 2002, kerajaan membuat pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris bermula tahun 2003. Hal ini berikutan dengan alasan istilah sains banyak diwujudkan di dalam Bahasa Inggeris dan hal ini menyukarkan bagi pelajar-pelajar sekolah. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus globalisasi yang semakin bergelora. Wujud persoalan di sini kerana Kementerian Pelajaran tidak mengutamakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam bidang pendidikan walaupun majority penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu. Sudah tentu pembangunan modal insan yang berkualiti suar untuk ditanam di dalam diri pelajar-pelajar kerana penerapan yang berkualiti bermula sejak di bangku persekolahan lagi.
 Isu seterusnya yang tidak kurang seriusnya dalam sektor pendidikan ialah jurang polarisasi kaum yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar sekolah.Polarisasi bermaksud sikap perkauman yang sering menjadi topik utama yang dibahaskan oleh warga pendidik di sekolah. Imej Malaysia sebagai model negara yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum semakin hari semakin terjejas disebabkani supolarisasi kaum ini. Hal yang paling nyata yang boleh dilihat ialah kaum Cina misalnya mereka tidak akan berinteraksi atau bergaul dengan kaum selain kaum mereka dan hal yang sama juga terjadi kepada kaum lain. Sekiranya hal ini dibiarkan semakin lama, ia boleh menimbulkan perpecahan kaum yang amat dahsyat walaupun kita menetap di dalam satu negara yang sama dan mengamalkan cara hidup yang hamper sama. Hal yang sama juga berlaku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Walaubagaimanapun, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah perkauman ini.Contohnya kerajaan telah memperkenalkan dasar “1 Malaysia”. Dengan pengwujudan dasar ini, corak pengajaran oleh warga pendidik di sekolah telah diperbaiki supaya perpaduan kaum dapat dicapai suatu hari nanti. Dengan adanya perpaduan kaum, penerapan nilai-nilai pembangunan modal insan lebih mudah untuk dipraktikkan disebabkan tiada lagi konflik yang berlaku di sekeliling generasi muda termasuklah hal yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial.Seperti yang kita sediamaklum, sektor pendidikan merupakan antara sektor yang terbesar dalam rangkaian sektor di Malaysia. Secara tidak langsung, hal ini berkemungkinan akan menimbulkan beberapa isu sama ada dari perspektif positif atau negatif. Salah satu isu yang timbul adalah berkenaan isu bahasa. Bahasa melayu dijadikan sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan tetapi bagis ekolah-sekolah swasta serta sekolah vernakular (sekolah jenis kebangsaan) dibenarkan untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai Bahasa pengantar.

CABARAN-CABARAN DALAM PEMBANGUNAN INSAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Sebagai status negara yang sedang membangun, Malaysia sememangnya menghadapi pelbagai cabaran dari segenap penjuru dari segi aspek sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.Namun begitu, pemimpin negara tidak memandang cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi ini peluntur semangat malahan beliau melihatnya sebagai satu cara untuk membangkitkan semangat negara bangsa agar bergerak lebih maju kehadapan. Supaya modal insan yang berintelektual dapat dilahirkan, kerajaan perlu menghadapi cabaran yang paling menguji tahap pemikiran kita iaitu cabaran daripada aspek pendidikan. Pendidikan merupakan perkara yang terpenting sekali dalam kehidupan masyarakat di dunia ini kerana dengan pendidikan kita mampu untuk menaikkan nama negara agar dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ia juga penting untuk membina jati diri modal insan yang berkualiti tinggi yang berkemungkinan akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
          Cabaran paling utama yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dari aspek pendidikan ialah cabaran dalam menghadapi kelemahan penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Antara contoh yang paling ketara adalah kelemahan pelajar sekolah untuk menulis dan membaca tulisan jawi bagi subjek wajib yang perlu diduduki oleh pelajar Islam iaitu Pendidikan Islam serta kelemahan penguasaan bahasa Melayu bagi pelajar bukan Islam dan bahasa Inggeris bagi matapelajaran lain. Kerajaan menyarankan agar kemahiran 3M ini dapat dikuasai oleh pelajar sekolah sebagai satu cara untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan di samping penjanaan nilai-nilai pembelajaran dapat diserap dan dibentuk dalam diri pelajar-pelajar. Di samping itu, ia merupakan satu langkah untuk memperkasa sekolah kebangsaan agar tahap kecemerlangan pelajar sekolah dapat ditingkatkan dengan mewajibkan semua pelajar Tahap 1 dapat menguasai kemahiran 3M.
          Cabaran seterusnya yang tidak kurang hangatnya ialah cabaran untuk mewujudkan rakyat berminda kelas pertama. Bagi mewujudkan rakyat berminda kelas pertama semuanya bermula dari institusi pendidikan iaitu sekolah dan institusi pengajian tinggi. Rakyat yang berminda kelas pertama ialah rakyat yang mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupan baik dari segi pendidikan, tingkah laku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta sedar peranan mereka kepada agama, masyarakat dan negara. Rakyat yang hanya mengutamakan hiburan dan keseronokan semata-mata, kurang kesedaran sivik serta tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan tulus kepada agama, masyarakat dan negara sudah terang lagi bersuluh tidak mampu untuk menyandanggelaran rakyat berminda kelas pertama. Ciri-ciri yang diimpikan oleh kerajaan untuk melihat rakyatnya mempunyai minda kelas pertama ialah rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi dan berkeperibadian mulia. Dengan adanya pemikiran kelas pertama yang wujud dalam kalangan generasi muda zaman kini, ia sekaligus membuatkan penerapan nila-nilai pembangunan insan yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
          Selain itu, cabaran yang tidak kurang pentingnya ialah cabaran untuk menangani masalah kurang membaca dalam kalangan pelajar. Sekiranya seseorang pelajar itu kurang mencintai amalan membaca, itu bermakna kurang juga kecintaan mereka terhadap ilmu kerana dengan amalan suka membacalah ilmu dapat diterokai dengan lebih meluas. Jika dilihat dari perspektif yang lebih mendalam, lama-kelamaan hal ini akan menyebabkan lahirnya masyarakat yang mundur disebabkan kurangnya amalan membaca dalam kalangan rakyat. Manakala bagi graduan pusat pengajian tinggi pula, sesetengah daripada mereka hanya mempraktikkan amalan membaca hanya untuk peperiksaan dan hanya kepada subjek yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka sahaja. Bagi bahan bacaan yang di luar bidang pengajian mereka, mereka menganggap itu tidak sepenting subjek yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Generasi muda yang kerap mengamalkan budaya membaca sememangnya berkemampuan untuk menjadi modal insan yang membangun dan berkualiti.